Posted by: hubahuba | Disember 28, 2007

doktor dan dadah

17 orang doktor dah kantoi… salah guna dadah….

macam mane mereka salah guna dadah pulak??? mereka menjual dadah untuk digunakan oleh para penagih… itu lah kesalahan mereka…

hebat betol penangan dadah ni ye??? samapi doktor pon terjebak… bukan menagih tapi menggalakkan penagihan… mungkin pada fikiran mereka kalo rmi org isap dadah.. rmi la patient diorang… tapi diorang x fikir ke….. mereka sedang memusnahkan sebuah negara…. dan utk pengetahuan diorang.. kalo diorang x jual dadah pon dah ckp rmi penagih2 yg belom diubati.. ni nak tambah lagi…. macam la awak tu mampu nak rawat suma….

utk doktor2 diluar sana.. jgn la marah saye… saye cuma meluahkan perasaan kat doktor jahanam ni aje….. yg jujur tu teruskan kejujuran anda…. semoga Malaysia terus maju.. MALAYSIA BOLEH!!!

Posted by: hubahuba | Disember 7, 2007

ecstasy bernilai RM500k dirampas

ecstasy bernilai RM500k dirampas

semalam bila saya belek suratkhabar sambil lunch di International Cafe, saya terbaca berita ini. kegiatan pengedaran dadah semakin licik… operasi pembasmian pula semakin rancak. pada masa yang sama perbelanjaan untuk menangani dadah semakin meningkat.
kalau macam ini, sampai bila negara malaysia nak maju?

saya sering bertanya kepada diri saya sendiri, dan kini saya mempersoalkannya disini, adakah untuk menjadi negara maju kita perlu mengorbankan moraliti kita?

FAKTA TENTANG ECSTASY:
+nama saintifik ialah 3,4-methylenedioxy-N-methylamphetamine atau ringkasnya MDMA
+ditemui sekitar tahun 1912
+dijadikan dadah rekreasi sekitar tahun 1980an
+mempunyai efek stimulan.
+penggunaan asal adalah untuk rawatan psikiatri.
+kesan penggunaan
hipertensi, kenaikan tekanan darah
dihidrasi, kehilangan air dari badan
hipertemia, kenaikan suhu badan yang boleh menganggu sistem badan dan mengakibatkan kematian
-menyebabkan kerosakan otak kerana ecstasy bersifat neurotosin

sumber: utusan.com.my , wikipedia.org

Posted by: hubahuba | Disember 2, 2007

kenape anda perlu beli RACUN DUNIA?

saya pasti rmi yg tidak pernah mendengar mengenai buku RACUN DUNIA ini…
kalo filem RACUN DUNIA lakonan p ramlee tu pernah la tgk kot..
jadi disini saya senaraikan sebab-sebab utk anda beli buku ini..

01. buku yang ditulis secara santai dan mudah difahami

02. diolah dgn baik oleh penulis berdasarkan kisah-kisah benar

03. sesuai untuk dibaca oleh semua peringkat umur

04. menjadi iktibar untuk setiap golongan masyarakat

05. buku bersaiz kecil, mudah dibawa kemana-mana

06. mengandungi informasi mengenai dadah-dadah yg merbahaya

07. disertakan grafik utk tatapan pembaca

08. penulisan yg kreatif, diselangi dgn pantun seloka

09. boleh dijadikan bahan rujukan untuk para pelajar

10. melengkapkan lagi ilmu dan koleksi perpustakaan mini anda!!!

dan ape yang lebih penting inilah kali pertama kisa-kisah sedemikian dibukukan untuk tatapan para pembaca!

Posted by: hubahuba | Disember 1, 2007

COVER RACUN DUNIA


inilah rupanyer buku racun dunia ini.
nampak menarik? mahukannya?
ingin tahu cerita-cerita didalamnya?
dapatkan secara ekslusif daripada saya

Posted by: hubahuba | November 29, 2007

RACUN DUNIA: benar benar kisah benar

TAJUK : RACUN DUNIA
PENULIS : DON A. SAMAD
TERBITAN : LAMAN NURANI
CETAKAN PERTAMA : APRIL 2007
HARGA : RM 15.00

SINOPSIS :

racun dunia ditulis dengan gaya bersahaja dan santai namun sesuai untuk menjadi bahan bacaan yang bermanfaat kepada murid2 sekolah, para remaja dan pembaca keseluruhannya. ianya dapat memberi manfaat kepada pembaca kerana bebrapa fakta ilmiah mengenai racun-racun dadah dan okok dipaparkan bagi panduan pembaca menghindarinya, selain daripada kisah-kisah benar mengenai kemusnahan manusia kerana dadah yang boleh menjadi iktibar.

KANDUNGAN :

bab 01 – Pengenalan, meniru yang bukan-bukan menjadi bebanan
bab 02 – Anak manja, dadah dicinta membawa derita
bab 03 – Berpagkat tinggi, kerana dadah hinanya mati
bab 04 – Dadah tidak mengenal usia, masyarakat felda dilanda petaka
bab 05 – Syabu , racun dunia tiada penawarnya
bab 06 – Menghisap rokok menghidu gam, remaja sekolah nyawa terpadam
bab 07 – Kerana dadah AIDS terdedah
bab 08 – Dadah , tamakkan untung ke tali gantung
bab 09 – Esok masih ada, jauhi dadah membawa bahagia
bab 10 – Ubat batuk, salah guna terlentuk
bab 11 – Si gadis penjual dadah akhirnya musnah
bab 12 – Pelajar perempuan di IPT dadah musnahkan diri
bab 13 – Anak jutawan, kerana dadah hdup tanpa arah
bab 14 – Gejala sosial memualkan
bab 15 – Kerja harus dijaga, mengambil dadah membawa duka
bab 16 – Pengaruh hippies, arak dan dadah hidupnya musnah
bab 17 – Jenis-jenis dadah
bab 18 – Dulu terserlah akhirnya musnah kerana dadah
bab 19 – Gangsterism dan dadah , penjara jadi rumah
bab 20 – Mat rempit dan dadah, matinya mudah
bab 21 – Wanita menagih, umpama racun yang ditagih
bab 22 – Artis dan dadah
bab 23 – Penyakit dadah yang berjangkit
bab 24 – Peristiwa-peristiwa akibat dadah gejala sosial terdedah
bab 25 – Rokok itu racun, tidakkah gerun?
bab penutup – Dadah itu bisa, anda cuba anda terseksa

utk mendapatkan buku ini , sila pm saye, YM = frestar_1st atau skype = frestar_1st
bole juga email saye di frestar_1st[at]yahoo.co.uk (p/s : tukarkan [at] kepada @)

Posted by: hubahuba | November 29, 2007

SELAMAT DATANG

sila layari blog ini dgn tenang

Kategori