ecstasy bernilai RM500k dirampas
semalam bila saya belek suratkhabar sambil lunch di International Cafe, saya terbaca berita ini. kegiatan pengedaran dadah semakin licik… operasi pembasmian pula semakin rancak. pada masa yang sama perbelanjaan untuk menangani dadah semakin meningkat.
kalau macam ini, sampai bila negara malaysia nak maju?
saya sering bertanya kepada diri saya sendiri, dan kini saya mempersoalkannya disini, adakah untuk menjadi negara maju kita perlu mengorbankan moraliti kita?
FAKTA TENTANG ECSTASY:
+nama saintifik ialah 3,4-methylenedioxy-N-methylamphetamine atau ringkasnya MDMA
+ditemui sekitar tahun 1912
+dijadikan dadah rekreasi sekitar tahun 1980an
+mempunyai efek stimulan.
+penggunaan asal adalah untuk rawatan psikiatri.
+kesan penggunaan
-hipertensi, kenaikan tekanan darah
-dihidrasi, kehilangan air dari badan
-hipertemia, kenaikan suhu badan yang boleh menganggu sistem badan dan mengakibatkan kematian
-menyebabkan kerosakan otak kerana ecstasy bersifat neurotosin
sumber: utusan.com.my , wikipedia.org